Of courselah kami ada jumpa dengan vendor-vendor ni..antaranya kami pernah jumpa Que from Theme of Que Rafael. He is very creative dan idea pelaminnya memang lain dari yang lain. Harga pun not so expensive, cuma kami je yang tak mampu..huhu. Thanks Que coz belanja kami minum Dekat Dome KLCC. Dah lupa nama restoran mahal tu. hehe..
Pelamin nikah "Hall Of Sultan" ni menjadi kegilaan i satu ketika dulu.
Kononnya nak duduk bawah litupan kain dan hanging deco yang macam Pelamin Que ni,
tapi I sedar diri...rumah I rumah teres je. Ruang tamu tak besar mana. So, I just ambik inspirasi
je dari "Hall Of Sultan" by Theme of Que Rafael. Akhirnya jadilah macam pelamin nikah ni...
Taklah sehebat Que punya hasil kerja..tapi I puas hati sangat dengan
hasil tangan pertama I. Kisah pelamin nikah ni korang boleh baca kat entry ni.
Dapatlah jugak I merasa suasana dibawah litupan kain kan..hehe..
This was the Photobooth cum dais yang I idam-idamkan from Merisik Gallery.
Thanks Merisik Gallery...u have inspired us a lots!
Masa ni memang rasa macam artis sangat!
We do:
Pelamin deco - Theme berlainan utk setiap panel, ada 3 theme.
Idea asal..mak I mintak buat deco ala-ala ruang tamu dekat bawah & ruangan depan pentas. Dan tak payah ada pelamin sebab kami memang tak nak sanding pun. So, I olah lagi idea ruang tamu tu..jadikan 2 tema..separuh dewan buat deco berkonsepkan ruang tamu dan setengah dewan lagi berkonsepkan halaman rumah. Bila I pegi jumpa wedding planner yang tak perlu dinyatakan di sini & tak tersenarai dlm list vendor di atas... mak aih..RM10,000 terus. Mungkinlah sesuai harganya dengan idea yang pelik yang macam I nak tu. Tapi, tak sampai hatilah nak berhabis duit sampai puluh ribu semata-mata untuk deco je. Penat ooo cari duit siang malam...kalau kerja makan gaji takpe jugak, hujung bulan confirm duit masuk. Tapi I dengan husband I dua-dua kerja sendiri...ibarat kais pagi makan pagi lah.
Dek kerana kami rasa mustahil boleh dapat idea wedding yang kami mahukan tu dengan harga yang berpatutan 'untuk kami'...kami decide untuk
tukar sikit idea asal. Kami nak buat pelamin 3 panel yang mana setiap panel berlainan konsep. Panel kiri kami ambik dari idea deco ruang tamu, panel tengah berkonsep pelamin biasa dan panel kanan berkonsep dalam taman. Dari situlah terjadinya idea untuk sewa panel pelamin dari Azika Collection. Kebetulan pulak kami memang dah booked baju pengantin dari butik Azika. Terus jelah decide untuk sewa pelamin & props2 berkaitan. Alhamdulillah harganya sesuai dengan kemampuan kami & menepati citarasa mak ayah kami yang tak nak kami belanja berlebihan untuk decoration dewan. Kami decide tu pun lebih kurang sebulan setengah sebelum majlis..berani tak? huhuhu
Yang ni keseluruhan pelamin kami. Memang terjadi sebijik macam yang kami bayangkan.
Bunga-bunga kat stage dan tepi tangga tu kami pergi pilih kat Tapak Semaian MBSA.
Kami sewa je dari MBSA. Bunga orkid tepi tangga tu cantikkan?
Bunga orkid tu bunga baru dalam koleksi MBSA sebab diorang baru je order dan baru sampai.
Thanks a lot to Cik Naim...my husband punya pakcik yang kerja kat MBSA tu.
Dia yang berhempas pulas menyusun bunga-bunga tu di sekeliling pentas dan serata dewan pagi-pagi sebelum event bermula. Terharu!
Deco panel kiri dan deco meja potong kek. Sweet tak susunan huruf-huruf tu?
Deco panel tengah. Macam pelamin yang biasa kita lihat. Nampak tak hantaran
sireh junjung di bahagian kiri kerusi tu? Yang tu my mum bawak dari rumah pagi sebelum event.
Bouquet bunga dan marshmallow dalam bakul tu...my idea nak gantikan konsep bunga telur. Gambar tak nampak sangat..dan sedihnya, takde seorang pun yang ambik gambar bouquet marshmallow tu secara dekat...sad..
Tapi rupa-rupanya mak mertua dan kakak-kakak ipar I bawak 2 pahar bunga telur ikut warna tema pagi tu.
UNTUNGNYA!
Yang ni deco panel kanan. Potret pengantin with eisel tu idea my husband. Dia yang design
dan print. I ikut aje..hihihi. Kelakar kan baju I tu...
Di bahagian hujung stage, kami susun nombor-nombor tarikh event tu. Tapi LED yang kami sewa dari Nawal tu tak berapa nampak sangat.
Nasib baik cameraman suruh pose di celahan bunga-bunga tu. Cameraman suruh buat gaya ala-ala
kami berpimpin tangan dalam taman. Sweetnye...
Pagi-pagi before event tu pasangan pengantin baru ni sempat lagi touch up
deko apa yang patut. Sampai pukul 11 kami still ada dalam dewan. Sampai Kak Came MUA dari
Azika Collection call banyak kali, sebab kami datang lewat sangat datang ke butik untuk make up dan pakai baju. Hehehe..
My mum sempat lagi datang tengok semua susunan OK atau tak. Macam mak datin kan..hehe.
Kat belakang tu..yang baju hitam tu..pengantin lelaki tengah sibuk touch up deko pelamin.
Walkways Deco
Idea asalnya memang nak gunakan ranting kayu yang agak heavy utk walkway. Tapi rupa-rupanya ranting kayu tak murah. So, kalau u all perasan, ranting tu macam rongak-rongak sikit. Biasanya wedding planner buat sendiri ranting-ranting tu. They all beli ke? Mahal tu beb!
Kami hanya beli 4 flower stand untuk letakkan pasu bunga tinggi yang berisi gubahan ranting-ranting tu. But, my husband kata pasu tu berat sangat dan tak stable di atas flower stand. So, kami tanggalkan stand yang ada pasa pasu tu, dan benamkan bahagian dasar pasu yang tirus tu ke dalam flower stand tu macam dalam gambar tu.
Rasa macam pelik sikit walkway tu..my husband tu memang innovative sikit orangnya.
Dia kata tak semestinya kita kene ikut konsep pasu, kene letak atas flower stand. Boleh jugak letak pasu, dalam flower stand. hihihi..Takpe..masa tu percubaan pertama kan. We have learnt
so many things. Kami dapat idea yang lebih baru dan lebih berinnovative. Sila abaikan habuk
atau sampah kecil di atas carpet. Sebab gambar ni diambil masa hari dah petang.
Gambar-gambar kecil macam ni digantung di hujung ranting walkway. Kak Aishah jugak
yang gantungkan. Dia gantung memang seperti apa yang kami bayangkan. Sangat tak sangka!
Dibahagian hujung red carpet sebelum pentas, kami hiaskan dengan deco yang macam ni.
Yang ni kami sewa je daripada Jiareen Wedding Stuff. Murah je..siapkan dengan gubahan bunga warna biru lagi. Kristal gantung kat besi walkway tu, Kak Aishah, our fren yang tolong deco kan...dalam diam, rupa-rupanya Kak Aishah & husband sangat kreatif & cekap dalam kerja-kerja mendeco. Kalau Kak Aishah sudilah..kami nak Kak Aishah jadi part of SuperCun Wedding Team. Kalau ada job, kami akan ajak Kak Aishah turun sama..setuju tak? Harap-harap dia terbaca entry ni..hehehe.
Entrance Deco
Entrnce deco ni kami buat dengan penuh perasaan. Sebab my husband nakkan arch 2 layer. That's mean..macam ala-ala ada bumbung. Kalau hujan, boleh berteduh kot..hehe. Di kiri kanan, kami ikatkan tali dan gantungkan gambar-gambar kecil utk tatapan para tetamu. Tapi memang betul pun, photographer snap banyak picture tetamu tengah dok belek gambar-gambar kami..Nasib baik kami deco entrance ni betul-betul dan cukup sempurna untuk dimuatkan dalam gambar kami. Rupa-rupanya masa acara Red Carpet..semasa persembahan silat pengantin, ada orang yang sediakan kerusi untuk kami duduk untuk menonton persembahan silat tu. Tak bersanding kat pelamin..tapi dapat merasa jugaklah bersanding kat entrance tu. Tak sia-sia kami deco sampai 2 layer arch.
Nampak macam bersanding. Tapi tak sengaja..hehe. Pengapit siap kipas lagi tu..
Sebagai hanging deco, di bahagian atas dan di sisi kiri dan kanan arch kami gantungkan bebola comel, ribbon dan gambar-gambar kenangan kami.
Photobooth
Kami just recycle balik 2 bunting besar gambar kami yang sebelum ni digunakan utk kerjaya kami yang terdahulu. Thanks to Kak Farah sebab baik hati bg kami pinjam for free. Di tengah-tengah bunting, kami lekatkan 3 keping board besar, dan lekatkan lebihan kad jemputan wedding kami. Pada asalnya kami nak suruh tetamu tulis wedding wishes & sign their names kat situ, tapi my husband risau besi dibelakang board tu tak berapa kukuh. So, kami just gantung-gantungkan gambar kami di atas bunting dan board tu.
Guestbook Corner
Guestbook corner ni adalah bab yang paling jimat sekali. Sekali lagi kami gunakan lebihan kad-kad jemputan wedding kami sebagai bahan untuk tetamu tuliskan wedding wishes mereka. Kami just sediakan marker yang pelbagai warna. Kami plan nak frame kan semua wishes2 tu..tapi sampai hari ni masih belum berkesempatan nak buat. huhu. Masa kami jadi pengantin, kami dok sibuk dengan hal kami je..tak perasan pulak rupa-rupanya, Guestbook Corner kami mendapat sambutan ramai. Meriah rupanya kat sudut belakang dewan MBSA tu.
Guestbook corner with no cost tetapi sangat mendapat sambutan ;)
Review tentang items di bawah ni akan disambung dalam entry part 2 nanti ya..
Bunting & Banners
Invitation Card
Centerpieces
Cake Cutting Table Deco
Hanging Deco
So, we decide to do Wedding Planner business secara serius. We still new and unexperienced sangat. But, we have lots of ideas! hehehe. If u can thrust us, lets work together to achieve ur dream wedding.
Jangan lupa like page SuperCun Wedding di FB ya...
You can always contact me if u have any enquiries regarding wedding preparation, coz i love wedding very very very much ;)
Husna SuperCun
"Always a bride-to-be"
Email : husnasupercun@gmail.comPhone : 0192242996 (SMS Only)
BBM Pin : 236CBE58
-
0 comments:
Post a Comment