Sejarah SuperCun Wedding Rental

Hi..sebelum lebih banyak pos lagi kat dalam blog ni, we all nak cerita sikit bagaimana we all boleh dapat inspirasi untuk mulakan bisnes Wedding Rental atau dalam Bahasa Melayu nya Sewaan Perkahwinan. Mula-mula biarlah we all kenalkan siapa 'dalang' di sebalik SuperCun Wedding ni. We all ni sebenarnya adalah sepasang husband n wife yang bolehlah dikategorikan sebagai newly-wed couple..hehehe. Diwaktu kami tubuhkan empayar perniagaan Wedding Rental ni, kami masih lagi dalam mood honeymoon gitu! Selaku penulis utama blog SuperCun Wedding ni, me myself adalah Sang Isteri yang diberi nama Husna SuperCun, manakala my Mr Husband pula diberi nama Nasoha SuperCun. My Mr Husband ni adalah penyokong dan orang kuat utama yang membuat kerja-kerja berat dan lasak untuk SuperCun Wedding...dia jugalah yang membuat blog ni nampak canggih-manggih. Selamat berkenalan! ;)


Sejarah SuperCun Wedding bermula pada masa kami sedang mencari-cari idea dekorasi pelamin untuk Majlis Persandingan kami yang bertarikh 20 November 2011. Pada masa tu, dah ramai wedding planner yang kami hubungi dan kami aturkan perjumpaan. Idea mereka semua memang kami suka sangat...tapi bajet yang menjadi masalah utama kami. Sejak bertunang, sampailah ke minggu sebelum wedding, we all terlampau ketagih menyelongkar semua blog dan website yang berkaitan 'perkahwinan'. Terutama sekali yang ada post berkaitan 'vintage wedding'. Sebab masa tu, I am so fanatic to Vintage Wedding. Eventhough sekarang pun masih tergila-gilakan semua yang berkaitan 'vintage' walaupun dah dapat pelamin nikah Vintage seperti yang diidam-idamkan..hehehe.

I mula tau apa dan macamana Vintage Wedding tu selepas terjumpa blog  Ash dan Ann..yang mana for me...couple ni lah pelopor pelamin Vintage di Malaysia ni dengan temanya English Modern Vintage...Sangat WoW gitu!

Source: ashannweddinggallery.blogspot.com

Sebenarnya tema 'Vintage' tu I nak buat untuk dekorasi masa majlis di dewan. Tapi my Mr Hubby pulak tak berapa minat sangat dengan benda-benda vintage ni(tapi sekarang dah agak minat kot). So, I tetap nakkan pelamin Vintage idaman hati...then I decide buat pelamin nikah di rumah untuk majlis 18 November 2011. I search and search semua website dari dalam dan luar negara berkenaan 'Vintage Wedding'. Alhamdulillah...terlalu banyak rujukan untuk Vintage Wedding. Idea pun mencurah-curah. Cuma masalah utama...I masih terikat dengan kekangan bajet untuk mencari items untuk decorate my Pelamin Nikah supaya nampak ala-ala Vintage gitu!

Untuk majlis di dewan, we all decide nak buat English Garden Theme. Dan warna tema biru muda. Dek kerana idea yang bukan-bukan dan yang pelik-pelik, we all ambil keputusan yang 'berani mati' untuk buat decoration dewan on our own. Kami pun start membeli barang-barang keperluan untuk decorate pelamin, tempat potong kek, walkways, entrance, photobooth dan guest book corner. Huh! Taknak banyak pulak sudut yang we all nak decorate kan? Huhuhu...melampau betullah we all ni. Kalau difikirkan..memang mustahillah kan...pengantin yang nak jadi raja sehari keesokannya, nak hias satu dewan MBSA Shah Alam yang besar tu. Pulak tu..night before our event, ada wedding lain. Memang haru...dan full of risk. But, we all memang dah biasa ambil risiko sebab we all ni ah dilahirkan dengan jiwa sebagai businessman n business woman. Ok..nanti I sambung cerita psl wedding di Dewan MBSA ni di lain post ya...sebabnya post ni khas untuk cerita sejarah SuperCun Wedding saja. I taknak meleret-leret pulak...

Berbalik semula cerita Vintage Wedding...sepanjang tempoh bertunang, I pernah tanya sorang wedding planner yang pernah buat Vintage Wedding..dan dia ni pun memang pengumpul barang-barang Vintage sebagai koleksi untuk wedding decoration. I email untuk sewa barang-barang Vintage dari beliau...mula-mula tu layan baik je, siap setuju nak sewakan. Tapi lepas berbalas email kedua..terus senyap je. At last, I terjumpa FB sorang ex-B2B yang buat Wedding Rental...Something Borrowed By Nawal. Alhamdulillah..I dapat barang-barang untuk hiasan pelamin untuk majlis di dewan nanti. Thanks a lot Nawal...sebab U dah jadi penyelamat our wedding. And...U inspired us very much!

Nasib I memang baik kerana my mum ada beberapa pasu bunga ala-ala English Vintage, Vintage Old Book Box dan telefon lama. My sister pula pernah dapat hadiah kahwin berupa English Vintage Clock...so I kebas jelah. Dan yang paling best sekali...my mum ada simpan meja study yang betul-betul antik dan memang real Vintage! Nasib baik my brother dah cat warna putih sebelum ni...so, memang perfect sangat untuk dijadikan dekorasi my pelamin nikah Modern English Vintage.

Hiasan meja study Vintage...nak menampakkan elemen English, 
I letakkan alas meja polka-dots. 
I letak balang kaca yang ada ikan tu supaya menghidupkan lagi suasana :)

Di sisi kerusi pelamin, I hiaskan meja dengan pasu bunga English Vintage 
dan frame gambar.

I like the idea untuk jadikan pelamin as Photobooth...
so, I tambah frame gambar pelbagai saiz dan warna. 
Semua frame ni I pungut dari setiap bilik yang ada dalam rumah. 
Tak keluar modal pun...hihi

Sorry la guys...I suka sangat hiasan paper flower...so, I sempat dera adik-beradik I yang lain untuk lipat colour paper macam ni...then I lekatkan di bahagian depan pelamin.


So, diakhirnya..jadilah My Modern English Vintage Pelamin Nikah. I suka sangat! Pun..mendapat pujian banyak pihak. Family yang datang semua puji...sebab they all belum pernah jumpa pelamin macam ni..hehehe. Special thanks to my sister Aishah n her husband sebab tolong bagi idea dan buat kerja gantung-menggantung kain. Sorry dear...ni last lah korang kene dera camni. Lepas ni, kerja-kerja buat pelamin ni boleh bagi My Mr Husband pulak.. :P
 
Dan...jeng jeng jeng..inilah dia Pengantin nan comel untuk menghiasi Pelamin Modern English Vintage ni...Pasangan SuperCun kot....

Tak sangka My Mr Husband sukaaaa sangat pelamin ni. Yes! Percubaan pertama membuat pelamin dah berjaya. Dan bila berjaya...that's mean I dah dapat green light untuk usahakan SuperCun Wedding after bergelar isteri nanti. 

Kami ada tugasan yang lebih mencabar selepas tu...kami perlu hias pelamin dan decorate dewan untuk majlis di Dewan MBSA Shah Alam pulak.Nanti I akan review pelamin di Dewan MBSA pulak kay...

Itulah sedikit sebanyak al-kisahnya bagaimana SuperCun Wedding boleh bermula. Akibat daripada otak kami yang terlampau berfikiran kreatif dan kekangan bajet yang sangat minima none of Wedding Planner yang dapat merealisasikan perkahwinan impian seperti yang ada dalam otak kami, melainkan kami sendiri kot. So, kami decide untuk beli...beli dan beli sebab kami pun nak open for rental untuk semua barang-barang yang dibeli. So, itulah sejarahnya SuperCun Wedding yang ada hari ini.

Selamat menyewa barang-barang untuk hari perkahwinan anda. Semoga anda juga mendapat "Your Dream Wedding" like Our Dream Wedding. Dream wedding is not about the price of the Pelamin or how big it was...dream wedding ialah bila kita dapat perkahwinan seperti yang kita bayangkan dan berpuas hati dengan apa yang kita dapat tanpa ada kekesalan di hati. Bila U olls berjalan di atas red carpet dengan gaun pengantin dan mahkota yang paling cantik bagaikan puteri serta mekap yang perfect! Dan U olls menuju ke pelamin indah yang disediakan...U olls tersenyum lebar dan sangat bangga melihat keindahan pelamin yang tersergam...then, bila selesai majlis semua gambar yang U dapat daripada Photographer yang U olls hire..hasilnya sangat cantik dan indah belaka tanpa ada cacat celanya...itulah maknanya U olls dah dapat perkahwinan impian :)

 Inilah 'kami'...di hari kami mendapat our Dream Wedding..buktinya, u will see in all our wedding photographs..senyum sampai ke telinga..hehehe..



Lots of Love,

Husna SuperCun!



Share on Google Plus

About supercun

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 comments: