Cuba B2B tengok gambar-gambar kat bawah ni... cantek sangat kan...dulu-dulu pun kami pernah mengimpikan wedding macam ni. Tapi nak buat macamana...wedding kami dibuat dalam dewan yang penuh dengan candelier & ceiling yang tinggi. Jadi, agak susah kalau nak DIY wedding dengan paper lantern camni. So, kami hanya letakkan paper lantern di atas lantai saja.
Kalau anda sudah merancang perkahwinan di rumah atau di taman, hiasan paper lantern ini memang sangat sesuai digunakan. Ia akan menaikkan seri kanopi dan taman dihari perkahwinan anda.
Source: Utah Wedding Decor (www.utahdecor.com)
Source: Hippojoy (hippojoy.wordpress.com)
Sebelum ni, amat susah nak cari Paper Lantern di pasaran, kecuali di tengah-tengah bandaraya KL. Nak dapatkan paper lantern, kene bersesak-sesak dalam jammed dan jalan kaki? Dari sumber salah sorang B2B, katanya kedai yang ada jual paper lantern tu terletak di Jalan Panggung, berdekatan Petaling Street. Nama kedainya "Basket Shop".
Tapi kalau anda rasa tak sempat nak cari sampai ke Petaling Street, anda boleh sewa aje dari SuperCun Wedding. Murah aje...anda boleh jimat masa & jimat tenaga. Pilih aje nak warna apa dan saiz apa. Masa wedding kami dulu pun, kami sewa je. Sebab nak beli sendiri dalam kuantiti yang banyak memerlukan modal yang besar. Memang ada yang murah, tapi saiz nya pula kecil. Yang bersaiz besar, semuanya berharga RM10 ke atas. Nak pakai pulak...bukan satu atau dua...tapi berpuluh-puluh untuk nampak cantik. Untuk jimat kos, kami sewa saja dari Nawal. Lagipun sewanya murah dan servis Nawal sangat bagus. I admire her professionalisme in business. Walaupun bisnes dari rumah, tapi Nawal cukup profesional dan terperinci.
Kami beli sendiri paper lantern ni untuk majlis saudara kami di Klang. Masa tu, budget tak berapa terhad sangat...so, takde masalah untuk beli dalam kuantiti yang banyak. Kebetulan pula kami jumpa kedai yang tak jauh dari rumah kami, dan tak perlu pergi sampai ke KL. So, kami just beli dan decide nak sewakan untuk u olls yang nak jimat macam kami juga!
Ini antara decoration paper lantern yang telah kami sempurnakan untuk beberapa majlis.
Ini hiasan walkway sewaktu Wedding kami ;) .
Paper Lantern tu perlu dilekatkan dengan tape yang sangat kuat ya..kalau tak nanti bergerak-gerak.
Ini pun hiasan DIY walkway Wedding kami di Dewan Bankuet MBSA Shah Alam.
3 gambar kat atas ni, sama saja...kali ni kami dapat gantung lantern di bawah 'down light'
untuk dapatkan lighting effect.
Jadi, anda hanya perlu berimaginasi sedikit untuk dapatkan idea majlis perkahwinan yang berhiaskan paper lantern yang comel ni. Berikut adalah saiz dan warna yang available di SuperCun Wedding.
WARNA:
Biru turqoise, light blue, putih, striking yellow, green, light pink, shoking pink, purple
SIZE:
12" , 14" , 16"
MININUM ORDER:
20pcs
HARGA:
12" - RM2.00 per pcs
14" - RM2 per pcs
16" - RM2.50 per pcs
Jika anda berminat untuk sewa, sila SMS:
Nama anda, Tarikh Event, Venue, Hp No. , Item Pilihan atau soalan anda
Dan SMS ke 019-2242996 (SMS Only)
atau BBM ke 236CBE58
atau Email ke husnasupercun@gmail.com
Blogger Comment
Facebook Comment