Terma dan Syarat Sewaan Barang Dekorasi SuperCun Wedding



TERMA DAN SYARAT SEWAAN BARANG DEKORASI SUPERCUN WEDDING:-

Tempahan Barang Sewaan


  • Tempahan boleh dibuat seawal yang dirasakan sesuai oleh penyewa.
  • Semua barang sewaan hanya akan di risab(reserve) untuk penyewa selepas bayaran DEPOSIT 50-60% daripada harga sewa. Tiada tempahan tanpa deposit.
  • Tempahan(booking) adalah bergantung kepada kekosongan dan atas konsep SIAPA CEPAT DIA DAPAT.
  • Bayaran deposit akan ditolak sebanyak 50% daripada harga sewaan bagi  setiap barang sekiranya pembatalan sewaan dibuat.


Bayaran


  • Bayaran deposit boleh dibuat melalui Cash/Bank In atau Online Payment.
  • Pembayaran baki hendaklah dibayar secara TUNAI semasa pengambilan barang sewaan.
  • Setiap barang sewaan akan dikenakan DEPOSIT KESELAMATAN(Security Deposit) yang ditetapkan oleh pihak SuperCun Wedding dan hendaklah dijelaskan semasa pengambilan barang. Deposit keselamatan akan dipulangkan 100% sekiranya barang dipulangkan dalam keadaan asal dan pada waktu yang ditetapkan.


Pengambilan Barang dan Pengangkutan


  • Segala proses penyewaan, pengambilan dan pengangkutan barang sewaan adalah atas inisiatif dan tanggungjawab penyewa.
  • Penyewa boleh mengambil barang sewaan SEAWAL hari RABU(11am-6pm) sebelum majlis. Pengambilan lebih awal daripada hari Rabu akan dikenakan CAJ TAMBAHAN yang ditetapkan dan berdasarkan kekosongan tempahan minggu sebelumnya.
  • Penyewa adalah digalakkan hadir sama semasa pengambilan barang-barang sewaan untuk mengelak sebarang masalah atau kerosakan terhadap barang sewaan. Salinan IC penyewa diperlukan semasa pengambilan barang. Sekiranya menghantar wakil untuk mengambil barang, sila bawa bersama salinan IC penyewa.


Pemulangan Barang


  • Pemulangan barang sewaan perlu dilakukan selewat-lewatnya hari ISNIN(3pm) selepas majlis.
  • Kelewatan pemulangan barang akan dikenakan DENDA sebanyak RM10 untuk sehari bagi SETIAP BARANG.
  • Caj RM10 tambahan akan dikenakan untuk pemulangan selepas waktu operasi kedai (selepas 6pm).
  • Penyewa digalakkan hadir bersama semasa pemulangan. 
  • Penyewa bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan kepada pihak SuperCun Wedding.
  • Penyewa bertanggungjawab membayar GANTI RUGI di atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang sewaan dengan kadar yang ditetapkan oleh pihak SuperCun Wedding.
  • Setiap barang yang telah rosak selepas dibawa keluar dari butik SuperCun Wedding adalah dianggap tanggungjawab penyewa dan akan dikenakan denda atau ganti rugi sepatutnya. Penyewa dinasihatkan memeriksa barang dengan teliti sebelum dibawa keluar dari butik SuperCun Wedding.
  • Tiada pemulangan wang di atas barang sewaan yang tidak digunakan.




TERMA DAN SYARAT SEWAAN CHOCOLATE FOUNTAIN SUPERCUN WEDDING:-

Cara penggunaan:


  1. Cairkan 1kg chocolate coin menggunakan kaedah double boiling di periuk lain. Selepas chocolate cair, masukkan 2 sudu minyak sayuran. Gaulkan sekata.
  2. Kemudian masukkan ke dalam mesin dan tekan butang ‘FOUNTAIN’. 
  3. Jika chocolate sudah mula mengeras, tekan butang ‘HEAT’. Pastikan butang 'HEAT' dimatikan dalam tempoh 20-30minit kemudian. Jangan biarkan HEAT terlalu lama. Ini boleh menyebabkan mesin terbakar. Anda boleh panaskan semula sekiranya mendapati chocolate hampir keras. Kemudian matikan semula butang ‘HEAT’ bila chocolate telah mencair.
  4. Tambah chocolate dari masa ke semasa. Jangan gunakan fungsi ‘FOUNTAIN’ jika chocolate telah berkurangan atau sedikit. Ini boleh menyebabkan mesin rosak. Jika chocolate telah menjadi sedikit atau habis, pastikan anda matikan ‘FOUNTAIN’.
  5. Pastikan mesin chocolate fountain dikawal selia oleh ‘Person In-charge’ atau orang dewasa. Jangan biarkan kanak-kanak mengambil sendiri chocolate dari mesin untuk mengelakkan chocolate terkena permukaan mesin yang berwarna HITAM yang boleh menyebabkan renjatan elektrik dan mesin rosak.


Cara pembersihan:


  • Cuci bahagian ‘fountain’ dengan air panas dan sabun.
  • Anda DILARANG mengenakan sebarang air di bahagian MESIN. Bersihkan bahagian ini dengan tisu atau kain sahaja.


Kerosakan:


  • Penyewa bertanggungjawab menjaga chocolate fountain dengan baik.
  • Penyewa bertanggungjawab membayar GANTI RUGI sebanyak RM300 sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau mesin tidak berfungsi.
  • Mesin chocolate fountain akan diperiksa oleh pihak SuperCun Wedding di hadapan penyewa sebelum dibawa pulang. Dan sebarang kerosakan/mesin tidak berfungsi yang berlaku selepas mesin dibawa keluar dari butik adalah diaggap sebagai tanggungjawab penyewa. 


TERMA DAN SYARAT SEWAAN SET CANDY BUFFET SUPERCUN WEDDING:-


  • Penyewa adalah bertanggungjawab menjaga set candy buffet dengan baik.
  • Penyewa bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan spt pecah, retak dan kehilangan dan bertanggungjawab membayar GANTI RUGI.
  • Penyewa bertanggungjawab membersihkan set candy buffet dengan sempurna sebelum dipulangkan. Denda RM10 akan dikenakan sekiranya barang dipulangkan TANPA DIBERSIHKAN.
  • DILARANG menggunakan gam seperti UHU/ Double Tape dan lain-lain pelekat ke atas permukaan balan-balang Candy Buffet. GAM PANAS (Hot Gum/Gum Gun) sahaja DIBENARKAN.



NOTA PENTING:
  • Pihak SuperCun Wedding berhak meminda mana-mana bahagian terma dan syarat sewaan.
  • Setiap penyewa hendaklah merujuk terma dan syarat sebelum membuat penyewaan barang dengan pihak SuperCun Wedding.
  • Penyewa adalah dianggap telah mempersetujui dan memahami terma dan syarat sewaan selepas membuat bayaran deposit sewaan dan bertanggungjawab mematuhi semua terma dan syarat sewaan.
  • Terma dan syarat sewaan adalah TERHAD untuk barang-barang dekorasi DIY (ambil dan pasang sendiri).


Share on Google Plus

About Husna SuperCun

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment